Tak Berapa Nak Bijak (Episod Terakhir) « Al-Kisahnya....
Monday, June 30, 2008
Tak Berapa Nak Bijak (Episod Terakhir)

_Tak berapa nak kacak jalan ceritanya.

Lama aku peram.

Ini. Kesinambungan entri di bawah. Sebenarnya, macam ini ceritanya. Balik kerja hari itu. Hati dah serba salah. Gundah gelana. Semua ada. Cukup lengkap. Kesian ayah. Macamanalah boleh ada anak macam ini punya gaya.

Balik itu, ayah tanya, "Tak jumpa ke slip itu dekat mana-mana?"

Dengan muka tak berapa nak senang hatinya, aku katalah tak ada.

"Tapi, nanti saya cari dekat bilik. Ada kotnya terselit." Aku sambung lagi. Nak sedapkan hati ayah. Dengan hati sendiri.

Ayah tunduk je. Sambung makan. Barangkali dah pasrah. Mesti sangat susah hati itu. Dahlah ayah ada darah tinggi. Makin menggununglah ketinggian darah itu. Dekat atas. Dalam bilik. Dalam 8 saat. Penat aku recall mana aku letak slip itu. Tapi, aku memang confident habis dah buang slip itu. Betul.

Sebabnya.. gua manalah simpan slip-slip kecil tak berapa nak seronok tengok lagi menyemak mata itu man!

Sekarang, bubur pun belum tentu jadi bubur. Padan muka.

Fikir punya fikir. Kesudahannya teringat. Kemungkinan besar dalam poket seluar agaknya. Seluk poket. Terasa macam ada kertas besar terlipat molek dalam itu. Aku tarik keluar. Bila pula ada kertas besar dalam ini. Tak perasan langsung pula itu.

Sekali tengok... cek ayah rupanya dalam itu.

Mak pelik.

"Habis itu, yang kau kata kau dah masukkan nombor ekaun itu siap keluar nama ekaun holder itu apa?"
"Emm, itu imaginasi saya itu mak. Hee hee hee.."
"Kau ini buat malu je. Dahlah ayah dah suruh budak dekat Maybank itu geledah transaksi ekaun holder yang ni."
"Err.. sorrylah emak. Saya hilang ingatan ni. Hee hee hee.."
"Habis yang kau kata dah pergi Maybank bank in cek itu apa?"
"Emm, itu pun imaginasi saya mak. Itu saya ter'recall' bank in cek gaji bulan lepas itu. Hee hee hee.."
"Ya Allah hai budak ni.."
"Mak janganlah marah mak. Yuu eee sikit mak... Hee hee hee.."

Ayah dengan mak pandang kerek je dari jauh. Sambil itu tersengih menggeleng kepala.

Kesimpulannya, biar salah macamana pun.. atau biar tak pasti macamana pun.. confident itu sangat penting dalam kehidupan. Confident itu mutu dan gaya keunggulan manusia luar biasa. Tapi, tapinya... aku tak faham kenapa cek itu perdajalkan aku sebegitu rupa. Zionis. Aku tak salah tau.

Kiranya, kesian tak dekat ayah aku dapat anak macam ini punya gaya? Kesian kan. Aku pun kesian_



LediAgli
July 4, 2008   05:16 PM PDT
 
apsal ko teruk sangat??? sian tauuu .. mesti pinau mate nyer... baik ko doa banyak2 xai.. supaya takdapat anak macam diri sendiri
famia
July 1, 2008   05:17 PM PDT
 
riena:
huishh. gelak tanpa batasan.ni gelak tak bace bismillah ni.

kakpu3:
kesian jugek dekat kwn2 anak pacik zul tu.

ezad:
cukop je. aku rasela.
ezad
June 30, 2008   10:05 PM PDT
 
kesian kat mak kau. ngandungkan kau 9 bulan.. eh.. ke ko lahir tak cukup bulan ni??
kekeke

banyak makan semut!

hayati, fahami setiap tingkah laku
pu3
June 30, 2008   02:14 PM PDT
 
ish, kesian kat cek tuh.
kesian sama pakcik zul juga. :D
riena
June 30, 2008   10:46 AM PDT
 
kah kah kah!!!!

aku gelak sakit perut dgn kamu tau!

kelakar kelakar! pandai sungguh cek itu buat ciii kuuuu cakkkk dgn kamu!!!

hahahaha (sambung gelak)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
Segala isi perut luaran atau dalaman laman ini adalah hakcipta yang dipelihara oleh pemilik. Meniru itu amalan satan. Paham tak paham. Tak paham sudah. Blahh...
Muka Surat 08
"Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan ku dgn amaran allah. Jika ku sedih tanpa kata, pujuk ku dengan tarbiah pencipta. Jika ku lemah tak bedaya, ingatkan ku dgn kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok pemisahnya, ajaklah ku leraikan segera. Jika pernah hatimu terluka, luahkan lah agar ku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lena ku dgn kalungan doa..."
Kata-Kata Kusut
   
Talian Cemas
harasxt_21[a]yahoo.com
YM ID: famiaxz
Jari Pengkarang
21 Ogos. 20 Syawal.
Kluang,Johor.
Kakeno | Nonami | Noki
Photography.Books.Art.
Jari itu adalah gadis.
Blogdrive
rss feed