Buat - buat Bayangkan « Al-Kisahnya....
Monday, July 07, 2008
Buat - buat Bayangkan

_Cuba buat-buat bayangkan sikit.

Masa itu. Tengah malam buta. Dalam 1 pagi. Yang memang buta. Lalu Lebuhraya Karak. Yang tak berapa nak buta. Seorang diri. Dalam kereta. Udara luar mendengus-dengus. Mencucuk tulang tibia. Juga si tulang fibula. Serta si tulang femur. Dan tak lupa juga si tulang humerus. Sejuk gila.

Gelap gelita jangan cakaplah.

Hah, cuba tambah buat-buat bayangkan lagi.

Nak dijadikan cerita. Kereta mati tengah jalan. Rosak. Tak tahu punca. Dah gelabah gila. Tak ada kereta lain pulak itu yang lalu situ. Gabra tak gabra. Berpeluh dalam kesejukan. Udara tengah lebuhraya itu masih rilek lagi mendengus-dengus. Menambahkan aura kepekatan malam. Tengkuk tiba-tiba seram sejuk. Bulu roma nak tak nak pun terpaksa ikut naik.

Sebab sejuk.

Hah, cuba tambah sikit lagi buat-buat bayangkan ini.

Tangan dah sapu-sapu belakang tengkuk. Sebab seram sejuk tiba-tiba. Mata dah mula meliar. Kejap pandang kanan. Kejap pandang kiri. Peluh sejuk meleleh-leleh masuk mulut. Tiba-tiba, rasa macam kena tiup muka belah kanan. Jantung dah berhenti sekejap. Elok je pandang kanan balik, tiba-tiba...

... hah, macam itulah aku rasa bila dah lama sangat tak update blog.

Tapinya kan, cuba pandang kanan pukul 1 pagi_



famia
July 10, 2008   10:18 AM PDT
 
ezad:
erghh..

dope:
hehe. tabik.

dani:
ahkahkas. agak kencang ayat bm ko.

annesa:
hah. buat2 takot sudah. :p
ann-nessa
July 9, 2008   01:11 PM PDT
 
adeihhh..
ingatkan n3 menakutkan..
rupaČnya..
huhuh..
tipah telah mula menipu sejak kebelakangan ni..
danineh
July 8, 2008   07:57 PM PDT
 
tak pernah aku berperasaan sebegitu kalo tak apdet blog.. HAHA!

~pemaaaaaaaaaaaalas
Dop
July 8, 2008   01:07 AM PDT
 
Aku rasa Karak cam meriah je dewasa ini. Huehuehue.

Tapi katakan la kereta aku rosak tengah jalan di malam buta, aku tolak ke kawasan selamat, pastu aku buka tingkap sikit, tidur.

PS: Aku memasterkan diri tidur dalam kereta di waktu pagi tanpa mempedulikan kawasan sekeliling dlm setahun ketika aku kerja shift malam .. suatu ketika dulu .. hehe. Tidur itu lebih mulia dari takut.
ezad
July 7, 2008   11:37 PM PDT
 
cuba bayangkan...
dalam situasi itu, bila pandang kanan tiada apa-apa..

pandang kiri.. terpandang gerai sup gearbox...

tatkala tulang diri sendiri dicucuk udara sejuk...

tulang lembu terendam dalam kuah sup panas.....

pastinya..
tatkala embun jantan menitis membasah bumi...
air liur sendiri menitis membasah paha..

bayangkannnnnnnnnn.........
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
Segala isi perut luaran atau dalaman laman ini adalah hakcipta yang dipelihara oleh pemilik. Meniru itu amalan satan. Paham tak paham. Tak paham sudah. Blahh...
Muka Surat 08
"Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan ku dgn amaran allah. Jika ku sedih tanpa kata, pujuk ku dengan tarbiah pencipta. Jika ku lemah tak bedaya, ingatkan ku dgn kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok pemisahnya, ajaklah ku leraikan segera. Jika pernah hatimu terluka, luahkan lah agar ku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lena ku dgn kalungan doa..."
Kata-Kata Kusut
   
Talian Cemas
harasxt_21[a]yahoo.com
YM ID: famiaxz
Jari Pengkarang
21 Ogos. 20 Syawal.
Kluang,Johor.
Kakeno | Nonami | Noki
Photography.Books.Art.
Jari itu adalah gadis.
Blogdrive
rss feed