_Sms liar. Jam 5. Petang semalam.
"Minyak petrol akan naik 0.80 sen bermula esok. Sila penuhkan tank anda hari ini".
What the... fun?!
Terkejut aku. Maklumlah. Dah lama tak jenguk berita negara. Minyak nak naik pun aku tak tahu. Bergegas aku seret Nami balik lepas hujan lebat semalam. Tahu-tahu aje semua jalan dah mula sesak nak mati.
Gila.
Eksiden secara besar-besaran ke..???
Berderet kereta beratur tepi jalan. Semua stesen minyak sesak. Masing-masing berlumba nak penuhkan tanki. Gara-gara kenaikan harga minyak petrol secara terlampau. Memang melampau.
Tak guna.
Ini satu penyeksaan.
Nampak gaya macam kena telan Choki Choki 5 kali sehari. Pergi kerja berjoging. Pakai kain batik. Tracksuit ke. Dengan sweater. sihat pun sihat. Barulah terubah sikit gaya hidup. Barulah style. Hidup gaya alaf baru.
'Gaya hidup Bapak Neraka (BN).' Kata colleague aku.
Ubah gaya hidup 'my ass kepala lutut' lah.
Malam semalam ada kelas. Semua jalan pun sesak gila. Nak taknak aku tangguhkan dulu isi minyak. Agak-agak dah jam 11 malam baru nak panjangkan langkah tayar Nami. Sekali tengok, gila silap timing. Lagi ramai umatnya. Masyaallah.
Memang masak man!
Nak tak nak aku seret juga si Nami ini beratur. Harap-haraplah sempat isi rm1.92 sebelum naik rm2.70. Kalau tak sempat, memang nak kena. Memang aku... err.. memang aku tak sempatlah.
Petronas area Kampung Baru. Berdekatan Menara Celcom. Barisan sepanjang alam. Beratur punya beratur. Jam dah sipi je lagi nak jentik ke 12 malam. Masing-masing sudah mula tekan hon. Jalan yang satu lane dah terbentuk jadi 4 lane. Jalan dua arah dah jadi jalan sehala. Masing-masing menggelupur nak kejar 12 malam.
Termasuk aku.
Himpit punya himpit sampai juga ke barisan alternatif depan. Rapat punya rapat sampai juga ke kaunter bayaran. Nasib angkut member. Kiranya dia pergi bayar. Aku stand by nak isi minyak.
Lagi 2 minit nak masuk 12 malam.
Member tunjuk ibu jari. Tanda dah bayar. Aku angkat menatang kepala paip minyak itu. Sumbat masuk perut Nami. Tak gerak pun. Kepala dah mula cuak. Teruk. Ini apakehal dia tahan minyak aku.
Cemas ni.
Jemaah manusia dah kelam kabut. Hon sana hon sini. Ada yang sampai bawak bekas air mineral. Nak sumbat minyak. Memang tak salah. Tapi agak-agaklah. Bagi can sikit dekat orang belakang. Ramai je yang tunggu berbaris macam nak rak. Tak agak-agak langsung diorang ini.
Lagi beberapa saat nak masuk 12 malam.
Aku angkat tangan dekat member. Bagitahu yang minyak tak gerak pun. Aku pandang kiri. Masih rm1.92 lagi. Member suruh brader kaunter itu tengok balik. Musykil aku. Entah dia tekan ke tak. Lepas itu aku letak kejap kepala paip minyak itu. Sekali pandang kiri balik, berderau darah.
RM2.70.
Masted.
"Sori kak, harga baru rm2.70 dah naik." Brader minyak itu sengih terkulat-kulat.
Sabar sabar.
Aku buat muka tenang. Kelu tak terkata. Itu pun tengah rilekkan segala kaki tangan. Dah rasa ringan je nak naik melayang. Permukaan macam ok lah. Dalam itu dah tak berapa nak terpancar sinar keimanan. Dah rasa macam dipenuhi segala spesis satan. Daripada datuk nenek moyang sampai ke anak cucu cicit cucit satan dah ini. Segala keturunan ada. Cukup lengkap.
Sabar sabar.
Waemah dia yang lembab tekan tau. Gila berbulu.
Kalau dibundarkan, rm2.70 itu rm3. Harga baru minyak adalah rm3. Bermakna... tak ada maknanya!
Sabar sabar.
Aku lunch pun baru rm2 kadang. Ini kalau harga minyak lagi tinggi daripada harga nasi... takkan kena ubah gaya hidup makan minyak hari-hari kot. Woh, terseksanya. Mungkin betul-betul kena pakai kain batik dan berjoging anak pergi kerja nampak gayanya.
Ubah gaya hidup 'my ass kepala lutut' lah.
Sabar sabar.
Baguslah 'Bapa Neraka' bak kata colleague aku dapat berbakul pahala semalam.
Sabar sabar.
Tak berapa nak go semangat aku ini. Hari ini kena makan wax perisa kari dekat ofis_

_Teringat hari itu.
Naik LRT. Sebab tak ada Nami. Macam biasa. LRT padat macam sardin. Dengan aircond yang tak berapa nak cukup rasa. Dengan bau aroma terapi badan masing-masing yang tak berapa nak selera. Dengan suara hiruk pikuk yang tak berapa nak merdunya. Rosak koklea aku.
Ah, teringat hari itu.
Sebelah aku. Ada awek Melayu. Dengan brader 'Man in Black' yang memang black. Ala- ala warga Nigeria ke Siberia ke Astroria ke. Rasanya. Tengah mesra-mesra alam. Sambil berborak perihal... err.. mereka dan dunia (kita kena bersangka baik).
Aku tak suka curi dengar. Tak baik mak kata. Tapi, telinga aku ada kuasa supersonik. Maka. Nak taknak pun terdengarlah juga.
"Your smile is pretty. Hee hee hee..." Man in Black memuji.
"Oh, thank you. Hee hee hee..." Awek itu gelak malu-malu.
"Yes, you do. Hee hee hee..." Man in Black sengih-sengih.
"Well, every morning I exercise my mouth."
"Oh, really. How?"
"I say Yuuuu Eeeee every morning. Hee hee hee..."
"What? Seriously?"
"Yes, maybe you should try that at home later. Hee hee hee.."
"Yuuuuuu Eeeeeee..??"
"Yes. My lecturer taught me. Hee hee hee.."
"Yuuuu Eeeeee... Yuuuu Eeeee. Hee hee hee.."
"Hee hee hee..."
La.
Ingat dia nak cakap kunyah chewing gum ke apa ke_
| << October 2009 >> | ||||||
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
| 01 | 02 | 03 | ||||
| 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |