Al-Kisahnya....
Tuesday, August 05, 2008
Al-Kisahnya...Lah

_Yalah. Yalah.

Mulai hari ini. Alkisahnya versi blogdrive ditamatkan perkhidmatannya.

Ini Spam

atau... http://alkisahnyalah.blogspot.com

Alah.

Tak lari jauh pun tajuk dia.

Memandangkan ini janjitemu pertama dengan blogspot. Layoutnya agak rabak. Kering. Macam padang jarak padang tekukur. Ambil masa sikit nak adjust. Slow and steady. Tapi 8 tahun pun slow and steady apa. Ah, sendiri masuklah. Sekarang, aku layan update entry dekat situ ajelah. Alkisahnya yang sekarang ini kena jadi arkiblah jawabnya.

Dengar perkataan Arkib ini memang ada sikit berdesing lagi berbululah telinga saya. Entahlah kenapa_




Friday, August 01, 2008
Kepala Rokok

_Jalan - jalan Deviantart.com. Jumpa satu gambar. Yang gila kencang dia punya kacak. Mesej yang tersampai. Yang tak payah nak cuba disampaikan. Itu pun sama kacak. Sama padan. Memang sokong habis iklan ini. Klasifikasi U. Memang pukul rata semua lapisan umur dan masyarakat.

Hah.

Untuk semua penghisap tegar nikotin, tar, karbon monoksida dan segala haram jadah kandungan yang sekutu dengannya. Ini pesanan khidmat masyarakat untuk kamu. Tak ada maksud lain. Ini ambil berat namanya. Jangan kata aku tak sayang suku sakat Homo Sapiens seluruh dunia.

Pemutus Nyawa

Apa - apa pun, terima kasih Mika Ahvenjarvi. Brilliant.

Terakhirnya.

Selamat hujung minggu untuk semua Homo Sapiens walau di mana jua anda berada. Dengan ucapan, Don't Smoke & Die oke sayang_



Tuesday, July 29, 2008
ICA 2008

_Aiiii, nasib baik aku tak lupa password blog ini.

Bulan 8. Mega Sales. Mega penat. Mega lapar. Mega kopak. Mega Sales. Mega penat. Mega lapar. Mega kopak. Ha ulang lagi sampai rabak. Mega Sales. Mega penat. Mega lapar. Mega kopak. Mega Busy. Mega Meganathan. Mega Megi. Whoaa... megilah. Megi. Megi. Megiiii~~~

Isk, dah macam baca mantera pula.

Ini tak ada yang lainlah ini. Semuanya gara - gara..

ICA 2008.
KL Convention Center.
21 Julai - 27 Julai.



Hah..

Daripada kerja-kerja design. Sampailah setup booth. Isnin sampai Ahad lepak ofis. Bekejar sana cari barang. Bekejar sini cari barang. Macam kata pepatah, carilah barang sampai ke negara China. Macam ajelah. Bukan betul pun. Itulah itu. Sungguh tak berapa nak gempak kehidupan beberapa minggu lepas. Dengan kena pergi demo sana sininya.

Woi, woi..!

Merungut ke ni_



Monday, July 14, 2008
Penang

_Penang.

Tak berapa banyak nak cakap. Best. Tapi. Memang best. Tapi itulah. Memang sangat best. Sampai tak tercakap. Tapi itulah. Tak dapat nak cakap dia punya best. Memang best gilalah pendek kata. Nite Market. DVD rm4. Pantai macam separa Baywatch. Udara nyaman. Mat Salleh kacak embun. Chow Rasta. Angin sepoi bahasa. Best weh. Nak singgah lagi bulan 11 ini.

Tapi itulah.

Kaf.wau.pa.alif.kaf.

Hah, cuba eja. Tengok merangkak tak merangkak jawi_


Thursday, July 10, 2008
Kehancuran Telur

_Pertengahan bulan memang macam ini.

Perempuan. Sebulan sekali mesti wajib kena. Ke sana. Ke sini. Segala macam emosi ada. Suka. Duka. Cuak. Gelabah. Gabra. Dan sebagainya. Sampai tak cukup kaki tangan nak tunjuk emosi. Busy. Busy. Busy. Pertengahan bulan memang macam ini. Nak pula kena dengan orang yang tak berapa nak hebat uruskan masa. Jadi telur hancurlah jawabnya.

Maksud aku, sibuk dengan kerja brader.

Ini... mesti fikir secara simpang siur ni.

Aku nak update blog pun dah tak berapa nak kencang semangatnya. Satu, idea tak ada. Dua, idea memang tak ada. Tiga, idea kadang ada kadang tak ada. Pendek kata, idealah punya pasal. Pendek yang kata. Panjang tak kata. Lagi pula, ini bukan diari curahan perasaan man. Waras sikit. Ini cuma koleksi memori aku yang tak berapa nak senang disimpan dalam kepala.

Almaklumlah.

Upgrade RAM kepala pun tak ada maknanya.

Bulan ini. Sibuk gila dengan urusan dunia. Dengan kongress ICA 2008. Dengan bachelor party ke Penang. Dengan lawatan sambil belajar ke Kuantan. Dengan kena bagi demo ke sana ke sininya. Dengan segala jadah koleksi layout blog yang terbengkalainya. Sampai masuk version 6 sudah. Tukarnya tak lagi.

Teruk. Teruk.

Pertengahan bulan memang macam ini. Nak pula kena dengan orang yang tak berapa nak hebat uruskan masa. Jadi telur hancurlah jawabnya_



Monday, July 07, 2008
Buat - buat Bayangkan

_Cuba buat-buat bayangkan sikit.

Masa itu. Tengah malam buta. Dalam 1 pagi. Yang memang buta. Lalu Lebuhraya Karak. Yang tak berapa nak buta. Seorang diri. Dalam kereta. Udara luar mendengus-dengus. Mencucuk tulang tibia. Juga si tulang fibula. Serta si tulang femur. Dan tak lupa juga si tulang humerus. Sejuk gila.

Gelap gelita jangan cakaplah.

Hah, cuba tambah buat-buat bayangkan lagi.

Nak dijadikan cerita. Kereta mati tengah jalan. Rosak. Tak tahu punca. Dah gelabah gila. Tak ada kereta lain pulak itu yang lalu situ. Gabra tak gabra. Berpeluh dalam kesejukan. Udara tengah lebuhraya itu masih rilek lagi mendengus-dengus. Menambahkan aura kepekatan malam. Tengkuk tiba-tiba seram sejuk. Bulu roma nak tak nak pun terpaksa ikut naik.

Sebab sejuk.

Hah, cuba tambah sikit lagi buat-buat bayangkan ini.

Tangan dah sapu-sapu belakang tengkuk. Sebab seram sejuk tiba-tiba. Mata dah mula meliar. Kejap pandang kanan. Kejap pandang kiri. Peluh sejuk meleleh-leleh masuk mulut. Tiba-tiba, rasa macam kena tiup muka belah kanan. Jantung dah berhenti sekejap. Elok je pandang kanan balik, tiba-tiba...

... hah, macam itulah aku rasa bila dah lama sangat tak update blog.

Tapinya kan, cuba pandang kanan pukul 1 pagi_



Tuesday, July 01, 2008
Sepeket Entri

_Blogging. Bukan kerja mudah.

Ibarat makan maggi.

Kalau ada stok maggi dan kalau ada periuknya dan kalau ada cukup air panasnya dan kalau ada mangkuk beserta sudu garpunya dan kalau cukup perencah ajinomotonya dan kalau cukup lumat segala MSGnya barulah boleh makan. Kebelakangan ini, aku kerap sangat makan maggi ayam. Asal stok habis je, aku lari Giant. Asal Giant habis je, aku lari stok. Beli lagi satu pek.

Top up dan top up dan top up.

Kiranya, itulah maksud aku. Blogging. Bukan kerja mudah_



Monday, June 30, 2008
Tak Berapa Nak Bijak (Episod Terakhir)

_Tak berapa nak kacak jalan ceritanya.

Lama aku peram.

Ini. Kesinambungan entri di bawah. Sebenarnya, macam ini ceritanya. Balik kerja hari itu. Hati dah serba salah. Gundah gelana. Semua ada. Cukup lengkap. Kesian ayah. Macamanalah boleh ada anak macam ini punya gaya.

Balik itu, ayah tanya, "Tak jumpa ke slip itu dekat mana-mana?"

Dengan muka tak berapa nak senang hatinya, aku katalah tak ada.

"Tapi, nanti saya cari dekat bilik. Ada kotnya terselit." Aku sambung lagi. Nak sedapkan hati ayah. Dengan hati sendiri.

Ayah tunduk je. Sambung makan. Barangkali dah pasrah. Mesti sangat susah hati itu. Dahlah ayah ada darah tinggi. Makin menggununglah ketinggian darah itu. Dekat atas. Dalam bilik. Dalam 8 saat. Penat aku recall mana aku letak slip itu. Tapi, aku memang confident habis dah buang slip itu. Betul.

Sebabnya.. gua manalah simpan slip-slip kecil tak berapa nak seronok tengok lagi menyemak mata itu man!

Sekarang, bubur pun belum tentu jadi bubur. Padan muka.

Fikir punya fikir. Kesudahannya teringat. Kemungkinan besar dalam poket seluar agaknya. Seluk poket. Terasa macam ada kertas besar terlipat molek dalam itu. Aku tarik keluar. Bila pula ada kertas besar dalam ini. Tak perasan langsung pula itu.

Sekali tengok... cek ayah rupanya dalam itu.

Mak pelik.

"Habis itu, yang kau kata kau dah masukkan nombor ekaun itu siap keluar nama ekaun holder itu apa?"
"Emm, itu imaginasi saya itu mak. Hee hee hee.."
"Kau ini buat malu je. Dahlah ayah dah suruh budak dekat Maybank itu geledah transaksi ekaun holder yang ni."
"Err.. sorrylah emak. Saya hilang ingatan ni. Hee hee hee.."
"Habis yang kau kata dah pergi Maybank bank in cek itu apa?"
"Emm, itu pun imaginasi saya mak. Itu saya ter'recall' bank in cek gaji bulan lepas itu. Hee hee hee.."
"Ya Allah hai budak ni.."
"Mak janganlah marah mak. Yuu eee sikit mak... Hee hee hee.."

Ayah dengan mak pandang kerek je dari jauh. Sambil itu tersengih menggeleng kepala.

Kesimpulannya, biar salah macamana pun.. atau biar tak pasti macamana pun.. confident itu sangat penting dalam kehidupan. Confident itu mutu dan gaya keunggulan manusia luar biasa. Tapi, tapinya... aku tak faham kenapa cek itu perdajalkan aku sebegitu rupa. Zionis. Aku tak salah tau.

Kiranya, kesian tak dekat ayah aku dapat anak macam ini punya gaya? Kesian kan. Aku pun kesian_



      Next Page
<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
Segala isi perut luaran atau dalaman laman ini adalah hakcipta yang dipelihara oleh pemilik. Meniru itu amalan satan. Paham tak paham. Tak paham sudah. Blahh...
Muka Surat 08
"Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan ku dgn amaran allah. Jika ku sedih tanpa kata, pujuk ku dengan tarbiah pencipta. Jika ku lemah tak bedaya, ingatkan ku dgn kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok pemisahnya, ajaklah ku leraikan segera. Jika pernah hatimu terluka, luahkan lah agar ku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lena ku dgn kalungan doa..."
Kata-Kata Kusut
   
Talian Cemas
harasxt_21[a]yahoo.com
YM ID: famiaxz
Jari Pengkarang
21 Ogos. 20 Syawal.
Kluang,Johor.
Kakeno | Nonami | Noki
Photography.Books.Art.
Jari itu adalah gadis.
Blogdrive
rss feed